KETERANGAN LOGO SMK PERMATANG PASIR

 

LENGKUNG SEPARUH BULAT

·         Lengkung ini merupakan asas kepada pembentukan logo SMK Permatang Pasir. Lengkung seperti sebuah mangkuk yang melambangkan institusi ini sebagai gedung dan menjadi sumber disiplin ilmu.

·         Pada lengkung tertera moto sekolah iaitu BERAKHLAK, BERILMU dan BERWAWASAN yang menjadi budaya sekolah kearah melahirkan insane yang mulia.

BUNGA PADI

·         Bunga padi membentuk bulatan melambangkan amalan budaya dan budaya di sekolah ini adalah suasana yang harmoni dan aman.

·         Bunga padi juga merupakan symbol budaya yang dipupuk dikalangan warga sekolah ini yang mengamalkan resam padi iaitu “SEMAKIN TUNDUK SEMAKIN BERISI” selaras dengan matlamat menimba ilmu.

BULAN DAN BINTANG

·         Melambangkan agama islam terus dijunjung dan didaulatkan serta menjadi teras utama dalam melahirkan insan yang cemerlang

BULATAN

·         Bulatan yang dikelilingi oleh bunga padi dan tertera nama SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR dalam tulisan roman dan jawi melambangkan semangat danbudaya bersatu padu dikalangan warga sekolah dalam mencapai matlamat dan visi sekolah.

EMPAT GARISAN

·         Bentuk sebutir berlian melambangkan nilai peribadi insane cemerlang yang lahir dari pendidikan sekolah ini.

FIGURA GRADUAN

        Figura graduan berwajah putih melambangkan kemurnian dan kesucian ilmu yang dimiliki oleh pelajar cemerlang hasil pendidikan sekolah ini

BULATAN GLOBE

         Globe melambangkan pemdidikan yang ditawarkan adalah menjurus kearah kualiti yang bertaraf antarabangsa

BULATAN ATOM

        Melambangkan sekolah ini juga bermatlamat kearah kemajuan sains dan teknologi sebagai salah satu bidang pendidikan yang utama

MIKROCIP

        Melambangkan sekolah ini bersedia menghadapi zaman ICT . ia juga melambangkan sebahagian daripada ilmu yang diterapkan kepada pelajar sekolah ini.